Saturday, October 15, 2011

ADIL untuk kita, ADIL untuk mereka

“Jangan ganggu kami. Biarkan kami bebas berpakaian, itu hak kami!”

Terkesima saya membaca satu artikel berita tentang segolongan wanita di Romania yang mengadakan demonstrasi yang dinamakan ‘Perarakan Jalang’ demi mempromosi perjuangan hak wanita mereka.

Mengikut berita tersebut, ketika berdemonstarsi, mereka memakai pelbagai jenis pakaian yang menjolok mata bersama dengan kain putih bertulis “Jangan sentuh kami!”. Hal ini mereka lakukan adalah sebagai tanda protes mereka kepada para lelaki yang menganggu mereka kerana berpakaian demikian, apa lagi kepada para lelaki yang mengharamkan mereka berpakaian demikian atas alasan pakaian tersebut menggoda mereka.

Saya berefleksi sendirian. Alangkah jeleknya manusia sekiranya mereka menetapkan hukum menggunakan akal dan nafsu sendiri. Mereka secara sedar atau tidak tentu akan memilih hukum yang menyenangkan mereka tanpa memikirkan keadilan dan hak orang lain.

Ukhtifillah yang disayangi kerana ALLAH,

Para wanita itu merasakan adalah ADIL bagi wanita untuk bebas berpakaian tanpa diganggu. Tapi, apakah hal itu ADIL kepada para lelaki di luar sana?? Pada saya, TIDAK ADIL. Hal ini kerana mereka (para lelaki) terpaksa menahan SYAHWAT yang bergelora setiap kali melihat wanita-wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka. Bahkan, mereka mungkin sahaja mengatakan adalah ADIL bagi mereka untuk menyentuh wanita-wanita itu kerana cuba atau telah merangsang syahwat mereka dengan sewenang-wenangnya.

Lantas, bagaimana?? Bagaimana kita menetapkan keadilan dalam hal ini???

Kerana itu, apa yang ditetapkan ALLAH itu adalah yang seindah-indahnya!

ALLAH memberi KEADILAN sebenarnya kepada keduanya dengan syariatNya yang indah.

Firman ALLAH swt dalam surah AnNur, ayat 30;

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. SUngguh ALLAH MAHA TAHU apa yang mereka perbuat.

Dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat)nya, kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kerudung ke dadanya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau…”

Jelas. ADIL untuk kedua-duanya. BEBAS menurut batasan SYARA’.

Untuk LELAKI, awal lagi telah ALLAH perintahkan mereka untuk menundukkan PANDANGAN dan MEMELIHARA KEMALUAN/ SYAHWAT. Bukan sahaja gangguan fisikal kepada wanita telah ALLAH HARAMKAN, gangguan pandangan liar juga awal-awal telah ALLAH hindarkan dengan perintah yang jelas.

Ukhtifillah, bukankan Hukum ini sangat ADIL untuk wanita yang tak ingin diganggu hidupnya?

Kemudian, bagaimana pula ALLAH berlaku ADIL kepada para lelaki?

Kerana it,u untuk WANITA, selain menjaga pandangan dan syahwat, ALLAH telah perintahkan untuk kita membantu para LELAKI (yang kelemahan mereka adalah wanita) dalam menjaga pandangan dan syahwat mereka dengan MENUTUP AURAT dan MEMELIHARA PERHIASAN diri kita daripada mereka.

Jelas. Hukum ini adalah ADIL untuk lelaki. Mereka tidak disuruh hanya menahan pandangan dan syahwat, tetapi mereka dibantu untuk menjaga pandangan dan syahwat dengan syariat penutupan aurat ini.

ADIL untuk kedua-dua pihak, lelaki dan wanita, bukan???

Ukhtifillah yang dihormati kerana ALLAH,

Allah Yang telah menciptakan manusia, lelaki dan wanita dengan sebaik2 kejadian pasti MAHA TAHU hukum apakah yang adil untuk kedua-duanya. DiciptakanNYA kita, wanita penuh keindahan. Maka, diperintahkan wanita untuk hanya mempamerkan keindahan itu pada mereka yang ditugaskan ‘melindungi’nya sahaja. Kerana, ditetapkanNya kepada lelaki sifat tertarik dengan keindahan kita. Jika tak diikat dengan tanggungjawab ‘melindungi’, pasti mereka lebih cenderong untuk berbuat sesuka hati kepada kita.

Ya, ukhtifillah saya tahu, kamu ingin bebas. Menutup aurat itu sememangnya kadangkala rimas dan panas. Jujurnya saya sendiri, jika mengikut citarasa saya, tak ingin juga saya berkelubung sepanjang hari di luar sana, terutama saat musim panas. Namun, itu cita rasa kita, manusia yang cetek ilmu dan pengetahuannya, serta besar nafsunya.

ALLAH YANG MAHA TAHU lagi MAHA ADIL menetapkan kita BEBAS berpakaian, tetapi bukan di luar rumah, DI DALAM RUMAH sendirian atau ketika bersama SUAMI tercinta. BERPAKAIANlah menjolok mata sesuka hatimu… BERHIASlah seindah-indahnya… Tiada larangan untuk itu, bahkan mengundang REDHA dan CINTA-NYA…

Ukhtifillah, ketahuilah,

KITA BEBAS BERPAKAIAN, tetapi BEBAS kita dalam batasan syara’ yang INDAH dan ADIL untuk seluruh ALAM.

AYUH, kita bantu para lelaki dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dengan menutup aurat dan melindungi segala perhiasan yang ada pada kita… Moga rahmat ALLAH terlimpah buat kita sentiasa…

Salam kasih dan persaudaraan kerana ALLAH,

No comments:

Post a Comment

join jom