Saturday, November 13, 2010

:::..mEnjaLiN pErsaHabaTan yaNg eRat..:::

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda 
mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak
mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain 
sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,
orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai 
sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain
adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain. 

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. 
Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. 
Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan 
persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan
kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar
luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain. 

9) Jangan mengata di belakang kawan anda. 

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya
kembali.



....::::::....sahabat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai...oleh itu, kekalkanlah jalinan persabatan yang telah anda bina...jangan mempersiakan sahabat anda...yang baik dijadikan teladan dan yang jahat dijadikan sempadan....::::::....

No comments:

Post a Comment

join jom