Saturday, October 23, 2010

what!!,,,mawi nyaris maut,,,,

JOHOR BAHRU: “Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya,” kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

“Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina sebuah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu.

Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu muncul juara Akademi Fantasia 3.
 

1 comment:

join jom